Wednesday, December 15, 2010

Plot Kabus diperbukitan

PLOT


1. Perkembangan/pengenalan


  • Rahayu berasa sakit tekak ketika bangun pagi
  • Rahayu dan Azrul bertemu di kafeteria di Universiti Putera Malaysia
  • Kedua-dua merupakan mahasiswa tahun kedua.
  • Mereka kemudian ke perpustakaan .
  • Tiba-tiba Rahayu terasa dia sedang menuju pengadang jalan, dilanggar pengadang jalan tersebut dan dia jatuh ke dalam gaung. Rahayu meminta tolong kemudian jatuh pengsan
  • Pada masa yang sama, Faridah dalam perjalanan menuju Raub setelah mengurus program anak-anak istimewa di Bukit Fraser.
  • Ketika memandu, tiba-tiba Iqbal, seorang kanak-kanak istimewa bertanya hala tuju mereka. Faridah terperanjat kerana tidak menyangka Iqbal boleh berada di dalam van sedangkan sebentar tadi dia bersama-sama Mastura , rakan sekerja Faridah. Malangnya dia tidak dapat mengawal van yang dipandunya. Van terlanggar pengadang jalan dan terjatuh ke dalam gaung.
  • Pada masa itu, Faridah terkenang ibunya yang keseorangan di rumah..



2. PERKEMBANGAN

  • Operasi mencari Faridah diteruskan oleh pasukan polis, RELA, PERHILITAN dan orang asli Senoi dari Pos Praak.
  • Ayah Faridah Mejar(B) Kamarudin dimaklumkan oleh Cikgu Raduan tentang kehilangan Faridah
  • Mejar(B) Kamarudin memberitahu kisah Faridah kepada isterinya Hamidah iaitu Faridah ialah kembar Rahayu yang berpisah sejak berusia 7 tahun
  • Mejar (B) Kamarudin bertolak ke Bukit Fraser
  • Keadaan Rahayu semakin serius .
  • Rahayu sering meracau tentang Faridah, tentang Bukit Kutu
  • Mejar (B) Kamarudin bersama-sama Buyung mesuk ke hutan Bukit Kutu untuk mencari Faridah berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui racauan Rahayu
  • Faridah dan Iqbal berada di Bulit Kutu dan tinggal di banglo milik Tuan Cecil Renking seorangmagistrate and collector
  • Suasana seperti tahun 40-an pada era P. Ramlee atau R. Azmi
  • Faridah diberitahu dia berada di Bukit Kutu yang berketinggian 3300 kaki dari aras laut.
  • Faridah bertemu Rahayu dalam tidur dan mendapat tahu Rahayu menghidap penyakit kanser
  • Pada masa ini Hamidah ibu tiri Rahayu melihatnya meracau-racau dalam tidur
  • Semasa Rahayu sedang berjuang melawan sakitnya di HUKM, di Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Dareah Raub , ACP Ahmad dan bin Mokhtar selaku OCPD daerah Raub mengumumkan Ops PDK yang dilancarkan untuk menyelamatkan Faridah dan Iqbal ditamatkan
  • Mejar(B) Kamarudin mengambil keputusan untuk mencari Faridah dengan bantuan Buyung,
  • Mereka akhirnya berjaya mengesan Faridah dan Iqbal di Sungai Dua di kawasan perkampungan Orang Asli .
  • Faridah dibawa ke HUKM dan Iqbal dengan helikopter .
  • Semasa berada di bawah minda bawah sedar Faridah dibawa oleh Amah Siti ke Pekan Kubu.
  • Aktiviti perlombongan amat aktif di Hulu Sungai Selangor dan dikawal oleh Penghulu Garang.
  • Faridah juga menyaksikan kejadian Tuan Cecil Renking mengebom lombong timah yang dikatakan berpuaka ( buaya putih )
  • Pada masa itu sebenarnya Faridah telah berada di HUKM. Rahayu sedang menemaninya apabila tiba-tiba Rahayu mendengar Faridah meminta tolong dan Rahayu sedang merempuh dan menongkah air yang deras.
  • Rahayu dapat menyelamatkan Faridah yang tersepit di bawah almari besar.
  • Rahayu berpesan agar Faridah pulang menemui ibu mereka kerana sudah terlalu lama Faridah meninggalkan ibunya.
  • Faridah menjerit nama Rahayu sekuat hati dan tersedar dari komanya. Tatapi pada masa itu Rahayu telah menghembuskan nafasnya.
  • Salmah mengalami tekanan jiwa akibat kematian Rahayu. Dia sentiasa terkenang Rahayu.
  • Salmah memberitahu Faridah tentang Ghazali dan berharap Faridah dapat menerima Ghazali sebagai suami.
  • Azrul kekasih Rahayu, memilih untuk mencebur diri di bidang penternakan
  • Salmah terus mengalami tekanan jiwa . Dia sentiasa mengingati arwah Rahayu,
  • Faridah melahirkan kebimbangannya terhadap kesihatan Salmah kepada Ghazali suaminya.
  • Salmah akhirnya meninggal dunia setelah lama menderita kematian rahayu.
  • 25 tahun setelah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan warga New Zealand, Faridah tidak pernah pulang ke kampung halamannya di Sungai Besar, Malaysia.
  • Dia tinggal di Rosewood berdekatan Christchurch dan memiliki dua orang anak kembar , Melina dan Anne.
  • Anaknya Melina berkahwin dengan Benny seorang bangsa Arab warga Dubai
  • Dan mengikut suaminya berhijrah ke Marang, Terengganu.
  • Melina meneruskan minatnya melukis. Benny mula merapatkan diri dengan Mohammed Attar kerna kagum dengan kehebatan pengetahuan agama Islam yang dimiliki Mohamed Attar
  • Zain seorang penuntut bidang pertanian menjalinkan hubungan dengan Anne.
  • Di Christchurch pula Soleh Johnsons amat risau akan kegitan vandalisme terhadap umat Islam di situ dan bercadang meredakan keadaan dengan mengadakan jamuan bersama-sama penduduk tempatan.
  • Zain yang pulang bercuti ke Malaysia menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne kepada bapanya Datuk Azrul
  • Zain berkunjung ke rumah Faridah dan asal usul Faridah terbongkar. Zain dan Faridah berasal dari Sungai Besar. Zain menjemput Faridah pulang ke Sungai Besar .
  • Mohammed Attar cuba mengembangkan pengaruh militannya kepada Ustaz Syukri.
  • Melina mengingatkan Benny tentang sikap Mohammed Attar yang agresif tetapi disangkal oleh Benny. Benny beranggapan Mohammed Attar seorang yang warak dan mampu membimbing mereka ke arah kebaikan.
  • Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk menziarahi Melina yang sarat mengandung, membincangkan perkahwinan Zain dan Anne sambil bercuti di Cameron Highlands.
  • Faridah mendedahkan kisah Rahayu dan dirinya kepada Datuk Azrul. Faridah ingin kembali melihat kampung halamannya di Sungai Besar.
  • Benny menghilangkan diri setelah mendapat mesej penangkapan Mohammed Attar kerana kegiatan militannya.
  • Melina ke Cameron Highlands untuk bertemu Faridah dan Soleh Johnsons. Faridah telah dimaklumkan tentang kehilangan Benny.




3. PERUMITAN


  • Benny mula terlibat dengan kegiatan militan Mohammed Attar tanpa sedar.
  • Benny melarikan diri pada awal pagi meninggalkanMelina keseorangan di Marang , Terengganu setelah dimaklumkan Mohammed Attar telah ditahan kerana cuba meletupkan kasino di Pulau Sentosa.
  • Benny menaiki bot di tengah lautan yang disediakan oleh An Anbia Family Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia.
  • Melina tidak tahu tempat suaminya menghilang dan lebih merumitkan lagi apabila nama Benny tidak disenaraikan oleh polis Malaysia sebagai orang yang dikehendaki.



4. PUNCAK


  • Perkahwinan Zain dan Anne yang melakar sejarah dua buah negara.
  • Tetamu pelbagai bangasa dari luar negara hadir.
  • Hotel, rumah tumpangan, rumah rehat, calet sekitar Teluk Intan, Sabak Bernam dan Sungai Besar habis ditempah.
  • Perkahwinan mendapat liputan sebuah stesen televisyen.....
  • “PERKAHWINAN DUA NEGARA.”
  • FARIDAH MERUPAKAN INSAN YANG PALING GEMBIRA.















5. PELERAIAN


  • Faridah pulang ke Sungai Besar . Pulang ke rumah ibunya. Menikmati dan mengenang semula kampung halamannya yang 25 tahun ditinggalkan
  • Soleh Johnsons dan Melina terbang ke Dubai untuk bertemu Benny .
  • Segala persoalan terungkai...Benny menceritakan pelariannya selama dua minggu sebelum sampai ke Dubai melalui perancangan keluarganya di Dubai.
  • Kini, Benny tidak boleh meninggalkan Dubai kerana telah disenaraikan sebagai orang yang paling dikehendaki.
  • Melina menetap di Dubai bersama-sama Benny walaupun sangat merindui Marang Terengganu
  • Anne dan Zain pulang ke New Zealand danmmnegambil alih perniagaan penternakan Soleh Johnsons.
  • Faridah dan Soleh Johnsons menetap di Camerons Hihglands.
  • Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan kawasan peranginan ala Inggeris berkonsepkan agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing.
  • Benny berjanji akan mempromosikan tempat peranginan tersebut di Dubai
  • Melina melahirkan anak lelaki pewaris An Anbia.
  • Anne melahirkan anak kembar – Melinda dan Rahayu ( nama pilihan Faridah)
  • Bukit Kutu kekal menjadi hutan rizab binatang liar seperti Bukit Nanas, Kuala Lumpur
  • Faridah bersyukur kerana telah kembali ke tanah air dan berjanji membina jati diri bangsa.
  • Faridah berharap anak cucunya mewarisi jati diri bangsa dengan berpegang pada tali agama.


No comments:

Post a Comment