Wednesday, December 15, 2010

latar masyarakat kabus diperbukitan

LATAR MASYARAKAT



1. Masyarakat Melayu di perkampungan Melayu

  • Faridah dan Salmah tinggal di Kampung Parit Tiga , Sungai
Besar Selangor
  • Salmah seorang pesawah di Sungai Besar


2. Masyarakat Petani/Penternak

  • Soleh Johnsons seorang penternak berjaya di Christchurch, New Zealand. Memiliki Pusat Penyembelihan Hijrah untuk orang Islam di New Zealand
  • Datuk Azrul seorang usahawan tani yang berjaya di Sungai Besar


3. Masyarakat Melayu Islam yang cinta akan keamanan dan kesederhanaan

  • Ustaz Syukri Hassan menyampaikan ajaran Islam kepada Benny dan Mohd. Attar dengan cara lembut
  • Faridah dan Soleh Johnsons menganjurkan majlis rumah terbuka untuk semua penduduk dan komuniti di temapat tinggalnya semasa hari Raya


4. Masyarakat Melayu di bawah penjajahan British

  • Masyarakat Melayu semasa penjajahan British ditadbir oleh Tuan Cecil Renking
  • Menjalankan aktiviti perlombongan di Hulu Sungai Selangor


5. Masyarakat Islam yang radikal dan agresif

  • Mohd. Attar seorang lelaki keturunan Arab yang berpandangan radikal dan terlibat dalam gerakan militant Islam


6. Masyarakat berbilang bangsa dan budaya

  • Muslim berbangsa Eropah di Cameron Highlands seperti
  • Yusuf Jensen (Belanda),Musa Surray (Scotland), Ahmad Raffles (Australia) dan Ariff Carlsons (Britain)
  • Muslim Arab di Malaysia seperti Benny dan Mohd. Attar
  • Melayu-Inggeris iaitu Melina dan Anne






7. Masyarakat yang prihatin

  • Haji Awang sentiasa menyuruh Khadijah (anaknya) menemani Melina di rumah Melina semasa ketiadaan Benny demi keselamatan Melina yang tinggal seorang diri.
  • Seorang wanita di masjid di Pekan Batang Kali bertanya Melina tentang perjalanannya ketika melihat Melina seorang diri di situ.


8. Masyarakat yang bertanggungjawab

  • Kamarudin berusaha mencari Faridah yang hilang di Bukit Kutu walaupun sudah hampir 14 tahun dia tidak bertemu dengan anaknya itu.
  • Pasukan Perhilitan, orang asli Senoi Praak, Ketua Inspektor Aznil dari Polis Diraja Malaysia , PasukanGerak Am (PGA), Pasukan RELA menjalankan operasi mencari Faridah dan Iqbal selama dua minggu dalam Ops PDK.


9. Masyarakat berpendidikan tinggi

  • Rahayu dan Azrul menuntut di Universiti Putera Malaysia.
  • Anne penuntut tahun dua universiti di Christchurch
  • Benny mendapat pendidikan di London.


10. Masyarakat Penyayang

  • Faridah dan Mastura berkhidmat sebagai sukarelawan dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat mendidik anak-anak istimewa.
  • Faridah menyayangi anak-anak istimewa Iqbal.


11. Masyarakat yang menyayangi alam sekitar

  • Soleh Johnsons tidak mahu menebang pokok-pokok balak yang terdapat di Tanah Tinggi Lojing semata-mata untuk memajukan kawasan peranginannya.
  • Pokok merbau dan tualang dikekalkan walaupun kos pembinaan kpusat peranginannya meningkat.
  • Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu menjalankan pertanian di Tanah Tinggi Lojing kerana aktiviti tersebut akan merosakkan alam semula jadi.
  • Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan pusat peranginan
  • berkonsepkan agropelancongan.











12. Masyarakat yang kuat berpegang pada jati diri bangsa Melayu

  • Datuk Azrul tinggal di kampung dan mengusahakan sektor pertanian walaupun bergelar siswazah
  • Datu Azrul sentiasa berpesan kepada Zain agar pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian di New Zealand.
  • Faridah masih makan masakan Melayu daan menyediakan masakan kari untuk akeluarganya di New Zealand.
  • Faridah sentiasa bercerita tentang Sungai Besar dan asal usulnya kepada kedua-dua orang anaknya.
  • Faridah masih mengekalkan panggilan nama Idah walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand
  • Faridah pulang semula ke Malaysia setelah 25 tahun merantau di New Zealand.


13. Masyarakat yang longgar pegangan agama

  • Melina minum arak tanpa pengetahuan ibu bapanya
  • Benny mengaku bahawa dia meminum arak walaupun dilarang oleh agama Islam.
  • Kamarudin semasa mudanya sering mengunjungi kelab malam Nirwana Night Club untuk berkaraoke dan minum arak


14. Masyarakat yang taat akan agama

  • Faridah taat mengerjakan solat Subuh dan tahajud


No comments:

Post a Comment